top of page

Dasar Privasi Biogenes Technologies 

Kami di Biogenes Technologies menyediakan penyelesaian, produk dan perkhidmatan untuk sektor penyelidikan dan komersial. Melindungi data dan privasi anda adalah penting bagi kami dan hanya digunakan apabila kami mempunyai asas undang-undang untuk berbuat demikian. Halaman ini akan membantu anda memahami maklumat yang kami kumpulkan, cara kami menggunakannya dan pilihan yang anda ada apabila anda menggunakan perkhidmatan kami.

1.      Pengenalan
​

Biogenes Technologies Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran: 201501018057 (1143389-A)) (“Biogenes”) dengan tujuan menyediakan perubatan diagnostik yang mudah diakses oleh para pengguna, telah bekerja keras untuk membawakan anda aplikasi kesihatan yang sensitif terhadap perlindungan data peribadi. Kami telah menyediakan dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) untuk menerangkan cara-cara dan proses-proses Biogenes mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan serta maklumat yang kami kumpulkan melalui aplikasi-aplikasi dan laman web yang dimiliki oleh Biogenes, termasuk APTFAB , APTSENS, APTCAD dan sebarang aplikasi lain yang mungkin kami cipta dan tawarkan pada masa hadapan (secara kolektif, "Aplikasi-aplikasi" dan secara individu, "Aplikasi")

​

Sila semak dengan teliti Dasar Privasi ini untuk memahami dasar-dasar dan amalan-amalan kami menggunakan mengenai pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Dengan penggunaan, pengaksesan atau pendaftaran dengan Aplikasi dan penggunaan serta perkhidmatan laman web kami (secara kolektif, "Perkhidmatan"), anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan maklumat anda berdasarkan Dasar Privasi ini. Anda juga mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap cara pihak ketiga, vendor dan pembekal perkhidmatan mengumpul atau menggunakan maklumat anda.
 

2.      Maklumat Yang Kami Kumpul Dan Terima

​

Maklumat Yang Diberikan Oleh Anda

​

Anda mungkin memberikan maklumat kepada kami apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, yang termasuk permuatan turun, pendaftaran atau aktiviti log masuk ke dalam Aplikasi kami. Maklumat ini mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:

​

•    Nama anda;
•    Alamat emel;
•    Nama Institusi;
•    Tarikh lahir;
•    Data Pengukuran;
•    Gelaran Penghormatan;
•    Nombor telefon;
•    Alamat surat menyurat;
•    ID peranti;
•    Nama pengguna dan kata laluan; dan
•    Maklumat lain yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.

​

Melainkan yang dinyatakan sebaliknya dalam Perkhidmatan atau dalam Dasar Privasi ini, sebarang maklumat yang anda berikan melalui Perkhidmatan kami mungkin diproses oleh, dihantar kepada, atau disimpan oleh Biogenes dan/atau pihak ketiga yang diupah olehnya.

​

Maklumat yang anda berikan apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami dan ciri-ciri masingnya mungkin disimpan secara tempatan pada peranti, komputer atau elektronik anda (secara kolektif "Peranti"). Skop maklumat yang anda simpan secara tempatan pada Peranti anda mungkin berbeza mengikut Perkhidmatan yang digunakan. Walaupun Biogenes tidak menghantar maklumat yang disimpan secara tempatan pada Peranti anda melalui penggunaan Perkhidmatan kami, sebarang maklumat yang disimpan pada Peranti anda mungkin meninggalkan Peranti anda melalui proses sandaran automatik, muat turun secara manual daripada Peranti anda, serta melalui cara lain yang di luar kawalan Biogenes. Selain itu, aktiviti anda pada Peranti anda di luar Perkhidmatan kami boleh mengakibatkan maklumat tersebut dihantar kepada atau sebaliknya dikumpulkan oleh pihak ketiga yang dibenarkan atau tidak dibenarkan, termasuk melalui aplikasi lain yang anda mengakses, laman web yang anda lawati dan oleh pihak yang mungkin mendapat kebenaran tanpa akses kepada peranti mudah alih atau data anda. Sebarang maklumat yang disimpan pada peranti mudah alih anda atau dihantar melalui internet atau mana-mana rangkaian data kemungkinan boleh diakses atau dipintas oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan. Oleh itu, anda mengakui bahawa Biogenes tidak dapat memastikan bahawa maklumat peribadi yang anda serahkan melalui penggunaan Perkhidmatan atau simpanan secara tempatan pada Peranti anda akan dikekalkan. Sebarang data yang anda sediakan atau simpan secara tempatan melalui Perkhidmatan adalah atas risiko anda sendiri.

​

Maklumat Yang Kami Kumpulkan Secara Otomatik

​

Jika anda memuat turun, mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin menerima dan menyimpan maklumat peribadi dan Peranti anda secara otomatik menggunakan teknologi pengumpulan data otomatik, termasuk tetapi tidak terhad kepada kuki pihak pertama dan pihak ketiga, log fail, penjejak web, dan cara teknikal lain. Maklumat ini mungkin termasuk, tanpa had:

​

(a)    Lokasi Peranti anda;
(b)    ID Peranti anda dan maklumat panggilan;
(c)    Jenis peranti mudah alih dan sistem pengendalian yang anda gunakan untuk mengakseskan Perkhidmatan kami;
(d)    Alamat IP anda;
(e)    Maklumat yang dikaitkan dengan akaun “Apple iTunes” atau “Google Play” anda atau mana-mana akaun lain yang digunakan untuk memuat turun atau mengakses Aplikasi-Aplikasi;
(f)    Aplikasi khusus yang anda gunakan, kandungan yang anda lihat dan/atau muat turun, ciri-ciri Perkhidmatan yang anda gunakan dan tarikh dan masa lawatan anda;
(g)    Maklumat tentang halaman web yang anda lawati daripada Perkhidmatan kami atau sebelum anda datang ke atau selepas anda meninggalkan Perkhidmatan kami; dan
(h)    Apabila anda berinteraksi dengan kami di luar talian atau melalui pihak ketiga.

​

Anda tidak bertanggungjawab untuk memberikan maklumat kepada kami. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menahan maklumat atau membatalkan kebenaran untuk kami menerima maklumat yang disebut di atas, kami mungkin tidak dapat memberikan beberapa akses tertentu Perkhidmatan kami kepada anda.

Dengan pemberian maklumat yang berkaitan dengan pihak ketiga (cth. maklumat pasangan, anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda) kepada kami, anda mewakili kepada kami bahawa anda telah mendapat kebenaran secara sah daripada pihak ketiga tersebut untuk memberikan kami maklumat bertentangan mereka untuk tujuan masing-masing.
 

3.      Sebab Untuk Pengumpulan Maklumat dan Cara Penggunaan

​

Kami mungkin menggunakan maklumat yang dikumpul dan diterima daripada anda untuk tujuan berikut:


(i)   Untuk mengesahkan identiti anda, kemas kini rekod kami dan secara amnya mengekalkan akaun anda dengan kami (“Akaun”).
(a)    Memberikan akses kepada Aplikasi kami dan kandungan serta cirinya kepada anda.
(b)    Membangunkan, mengendalikan, menambah baik, menyampaikan dan mengekalkan Perkhidmatan kami.
(c)   Peribadikan kandungan dan ciri-ciri yang anda lihat apabila anda melawati laman web Biogenes ataupun Aplikasi kami.
(d)    Memperbaiki kandungan dan kefungsian laman web Biogenes dan Aplikasi kami.
(e)    Menjawab pertanyaan anda dan menyelesaikan sebarang aduan.
(f)  Menjalankan tinjauan pendapat, tinjauan, analisis dan penyelidikan tentang cara Perkhidmatan kami digunakan dan cara kami boleh memperbaikinya.
(g)   Laksanakan fungsi atau perkhidmatan seperti yang dimaklumkan kepada anda pada masa pengumpulan seperti untuk menerbitkan dan/atau menggunakan untuk tujuan pemasaran kami, data dan maklum balas anda.
(h)  Untuk mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Penentangan Pembiayaan Keganasan serta undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang berkenaan.

4.      Dengan Siapa Kami Berkongsi Maklumat Anda

​

Kuki Pihak Ketiga dan Teknologi Penjejakan lain untuk sokongan Perkhidmatan

Aplikasi kami menggunakan teknologi pengumpulan data automatik daripada pihak ketiga, termasuk kuki pihak pertama dan ketiga, fail log, jejakan web dan cara teknikal lain untuk pihak ketiga menyediakan, menyelenggara, mengehos dan menyokong Perkhidmatan. Apabila kami memberikan maklumat peribadi kepada pembekal pihak ketiga untuk membantu kami dengan penyediaan Perkhidmatan, mereka dikehendaki untuk memastikan maklumat peribadi anda sulit dan selamat serta menggunakan maklumat peribadi pada tahap minimum yang diperlukan.

​

Jika boleh, Biogenes menggunakan sokongan dan perkhidmatan pihak ketiga untuk melaporkan sebarang sistem masalah supaya kami boleh menyokong dan menambah baik Perkhidmatan. Dalam keadaan sedemikian, maklumat yang dihantar kepada pihak ketiga tersebut tidak akan melibatkan penggunaan maklumat peribadi. Aplikasi-Aplikasi boleh mengumpul maklumat lokasi menggunakan fungsi perkhidmatan lokasi Peranti anda untuk mengesahkan bahawa sebarang ujian telah dilakukan.

​

Penjejakan Merentas Peranti

​

Kefungsian dalam Aplikasi-Aplikasi kami mungkin membenarkan anda merayau dan mengakses perkhidmatan dan kandungan merentas peranti komputer anda daripada telefon ke tablet. Selain daripada fungsi sebagai satu program perisian statik peranti anda, komponen utama Aplikasi-Aplikasi adalah berasaskan sistem awan, yang dikemas kini secara berkala, untuk memberikan anda peningkatan dan ciri-ciri terkini. Untuk memberikan pengalaman ini, kami mengumpul data tentang anda, peranti anda dan cara anda menggunakan Aplikasi-Aplikasi kami.

​

Pihak Berkuasa

​

Biogenes berhak untuk mendedahkan maklumat peribadi anda jika maklumat permintaan tersebut dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan, untuk menangani situasi keselamatan negara, atau apabila sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang. Tambahan pula, jika dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, kami juga mungkin mendedahkan maklumat yang kami kumpul daripada anda di mana kami percaya adalah diperlukan atau diwajibkan untuk menyiasat, mencegah atau mengambil tindakan berkenaan aktiviti yang menyalahi undang-undang, penipuan yang disyaki, situasi yang melibatkan potensi ancaman kepada keselamatan mana-mana orang, pelanggaran Dasar Privasi ini, atau sebagai bukti dalam litigasi yang di mana syarikat kami terlibat.

​

Rakan Kongsi Komersial

​

Kami menghormati data privasi anda dan kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga. Kami mungkin mendedahkan data dan statistik agregat tentang pengguna Perkhidmatan dan jualan kami kepada bakal rakan kongsi, pengiklan, penaja dan pihak ketiga lain yang bereputasi untuk mempromosikan Perkhidmatan kami, menyampaikan iklan yang disasarkan atau untuk tujuan lain yang sah, tetapi data dan statistik ini tidak akan termasuk maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.

 

Dari halaman "Tetapan" Akaun anda, anda boleh menarik diri daripada perkongsian maklumat peribadi anda berkaitan dengan akitiviti atau penggunaan yang disenaraikan di atas.

5.      Pindahan Maklumat

​

Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda membenarkan kami untuk menggunakan maklumat anda di Malaysia dan negara-negara lain di mana Biogenes beroperasi untuk tujuan yang disebutkan di atas. Kami akan memastikan bahawa maklumat anda dipindahkan mengikut Dasar Privasi ini dan dilindungi mengikut undang-undang terpakai yang berkenaan dengan perlindungan data peribadi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia).

6.      Melindungi Maklumat Anda

​

Keselamatan maklumat anda adalah penting bagi kami. Kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk mencegah kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Kami juga mengikut piawaian industri yang diterima umum untuk melindungi maklumat yang dihantar kepada kami melalui Internet, semasa penghantaran dan juga semasa kami menerima maklumat tersebut. Kami akan menyulitkat maklumat sensitif (seperti nombor kad kredit) dengan menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL).

Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang selamat 100%. Justeru itu, kami juga tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya walaupun kami berusaha menggunakan cara-cara yang boleh diterima secara komersial untuk melindungi maklumat anda.

​

Anda mesti melindungi Akaun dan maklumat anda daripada diakses tanpa kebenaran anda. Anda mestimemilih kata laluan secara berhati-hati dan menjaga kata laluan dan Akaun anda dengan selamat (contohnya  mendaftar keluar selepas menggunakan Perkhidmatan kami).
 

7.      Mengakses Dan Mengemas inikan Maklumat Anda

 

Anda boleh mengakses dan mengemas kinikan maklumat anda dalam Perkhidmatan kami melalui halaman “Tetapan” Akaun anda. 

 

Jika anda membekalkan maklumat peribadi anda kepada kami, anda bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat peribadi yang tepat, tidak mengelirukan, lengkap dan terkini mengenai diri anda dan orang-orang yang lain dan mengemas kinikan maklumat peribadi tersebut apabila maklumat tersebut telah menjadi tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap atau ketinggalan zaman.

​

Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, anda mungkin perlu membekalkan maklumat peribadi orang lain selain daripada diri anda sendiri kepada kami. Dalam keadaan sedemikian, kami bergantung kepada anda untuk memaklumkan kepada individu-individu tersebut bahawa anda akan membekalkan maklumat peribadi mereka kepada Biogenes. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa mereka bersetuju dengan pemberian maklumat tersebut. Anda juga perlu menasihatkan mereka tentang tempat di mana mereka boleh mendapatkan satu salinan Dasar Privasi ini.

​

Jika anda ingin:

​

(a)    memohon satu salinan maklumat yang kami terima tentang anda; atau

(b)    menarik balik persetujuan yang telah anda berikan kepada kami untuk menggunakan, mengumpul atau mendedahkan maklumat yang kami terima tentang anda,

​

Sila hubungi Ketua Pengawal Operasi kami di butiran hubungan yang dinyatakan di bawah Seksyen 10.

​

Sila berikan kami satu tempoh masa yang munasabah untuk menjawab apa-apa permintaan dan membuat apa-apa perubahan. Kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut mengenai permintaan anda. Pihak kami berhak untuk menolak permintaan anda jika dibenarkan di sisi undang-undang dan mungkin memberikan alasan kepada anda berkenaan dengan penolakan tersebut.

​

Apabila anda meminta satu salinan maklumat yang kami simpan tentang diri anda, kami mungkin mengenakan caj bayaran pentadbiran yang munasabah bagi menampung kos untuk membalas permintaan anda. Sekiranya kami membuat keputusan untuk berbuat demikian, kami akan memberikan anda anggaran bayaran secara bertulis terlebih dahulu.
 

8.      Pilih-keluar Biogenes

​

Kami mungkin menyampaikan iklan-iklan yang diperibadikan dan/atau disasarkan (masing-masing dirujuk sebagai "Iklan yang Disasarkan") kepada anda semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami dan/atau melalui pelbagai rangkaian dan pertukaran iklan. Anda boleh memilih keluar daripada pengesanan perilaku dan/atau pengiklanan berdasarkan minat melalui Platform kami dari halaman "Tetapan" Akaun anda. Perubahan anda terhadap tetapan untuk pilih-keluar ini mungkin mengambil masa 24 jam untuk berkesan.

​

Harap maklum bahawa jika anda membuat "pilih-keluar", kami tidak akan menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda untuk menyampaikan Iklan yang Disasarkan. Namun begitu, pilihan ini tidak akan membolehkan anda untuk tidak menerima iklan. Anda masih akan menerima iklan am yang tidak disasarkan.

 

Selain itu, anda masih boleh dihantarkan iklan atas sebab-sebab yang lain seperti:

​

(a)    Iklan umum yang disampaikan kepada semua pengguna Perkhidmatan kami. 

(b)    Iklan-iklan yang diperibadikan dan/atau disasarkan daripada pihak-pihak ketiga dan tidak dihantar oleh Biogenes melalui telefon bimbit dan/atau aktiviti-aktiviti web anda.

​

Sila turut ambil perhatian bahawa walaupun Biogenes tidak akan berkongsi data peribadi anda (selain dari pengenal atau pengecam peranti, setakat mana mereka dianggap sebagai data peribadi di sesetengah negara) dengan apa-apa rangkaian pengiklanan dan pertukaran iklan tanpa persetujuan anda atau melainkan seperti yang ditentukan dalam Dasar Privasi ini, semasa anda melihat atau berinteraksi dengan sesuatu iklan melalui mana-mana peranti anda, pengiklan, rangkaian atau pertukaran iklan akan dapat membuat kesimpulan bahawa anda merupakan penonton sasaran mereka. Apabila anda mengklik pada sesuatu iklan, penerbit dan/atau pengiklan akan mengetahui bahawa anda telah melawat halaman yang anda klik dan masih dapat mengaitkan data peribadi yang dikumpulkan oleh pihak ketiga tersebut secara langsung daripada Anda melalui kuki mereka dan teknologi penjejakan yang sama.

9.      Perubahan kepada Dasar Privasi

​

Kami berhak untuk membuat perubahan kepada Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan semua perubahan akan dipaparkan di sini. Sekiranya kami percaya bahawa perubahan-perubahan tersebut adalah penting, kami akan memaklumkan perubahan-perubahan tersebut kepada anda dengan menyiarkan satu notis pada Perkhidmatan kami atau melalui e-mel. Anda bertanggungjawab untuk menyemak segala perubahan yang telah kami buat terhadap Dasar Privasi ini. Anda dianggap telah menerima Dasar Privasi yang terkini sekiranya anda terus menggunakan Perkhidmatan kami.

10.     Hubungi kami

​

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, kebimbangan atau komen yang berkenaan dengan Dasar Privasi kami, anda boleh menghubungi kami di +6012 2939548 (En. Adrian Joseph, Ketua Pengawal Operasi Biogenes) atau dengan menghantar e-mel ke adrian.biogenestech@gmail.com. Tajuk subjek anda akan membantu kami mengendalikan e-mel anda dengan cepat dengan menghantarkan pertanyaan anda kepada kakitangan yang berkaitan di dalam organisasi kami. Contohnya, anda boleh meletakkan "Mengakses Data Peribadi" sebagai tajuk subjek anda.

11.     Konflik
​

Sekiranya terdapat sebarang konflik antara Dasar Privasi dalam Bahasa Inggeris dengan Dasar Privasi dalam Bahasa Malaysia, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris adalah terpakai.

bottom of page